Apa itu Busking?

Di Malaysia, aktiviti ‘busking‘ sudah mula popular dikalangan pemuzik tempatan. Ada yang bergerak dalam kumpulan dan ada juga yang bergerak solo. Sambutan penonton di negara yang cintakan hiburan ini amat menggalakkan.

Genji Busker foto
Genji Busker

Busk‘ bermaksud persembahan daripada penghibur jalanan, ‘busking‘ pula bermaksud membuat persembahan jalanan manakala ‘busker‘ adalah gelaran bagi individu atau kumpulan yang membuat persembahan tersebut.

Kebiasaannya, busker yang kelihatan di negara ini terdiri daripada pemuzik. Ada diantara mereka sudah popular seperti  ‘Caliph Busker‘ (pernah berada di pentas akhir AJL) dan ‘Genji Busker‘ (menjadi pemuzik utama rancangan ‘sembang pacak’ di Astro). Lagu-lagu yang pernah popular di Malaysia menjadi lagu-lagu yang biasanya dimainkan semula oleh busker tempatan.

Harapan kami sebagai penyokong hiburan tanah air adalah agar aktiviti ini tidak akan lapuk ditelan zaman dan berharap lebih ramai lagi pemuzik sama ada kumpulan atau individu untuk bekongsi muzik mereka dengan aktiviti busking ini persis memberi hiburan jalanan kepada rakyat di Malaysia.

Advertisements